Tuesday, August 2, 2011

selamat kembali..

salam...sekarang musim exam percubaan pmr..selamat menjawab peperiksaan..moga lulus dengan cemerlang semua anak murid ku...

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN



KAP6148 MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. UNTUK LEBIH MENCERIAKAN BLOG NI DIMINTA PENGUNJUNG MEMBERI KOMEN BAGI MENAMBAHBAIKAN BLOG INI. BAGI PARA -PELAJAR KHUSUSNYA ANAK DIDIK KAP6148 SENDIRI DI HARAP DAPAT BERSEDIA DENGAN SEMAKSIMA MUNGKIN SELEPAS AIDILFITRI INI BAGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR,SPM DAN STPM. PERCAYALAH BAHAWA KITA BOLEH BERUBAH SERTA MENCAPAI APA YANG KITA HASRATKAN ASALKAN USAHA DAN KETABAHAN MENGIRINGI DIRI KITA.
SAMA-SAMALAH KITA BERJUANG DALAM ARENA KITA BAGI MENINGKATKAN SUMBANGAN PADA SEMUA PIHAK TERMASUK DIRI,KELUARGA,SEKOLAH,DAERAH BANGSA,AGAMA DAN SEBAGAINYA. WASSSALAM.

Sunday, August 23, 2009

SEJARAH SPM SET 1




KATA ORANG TAHUN NI SOALAN NI BAKAL NAIK..



Bahagian A
( 40 markah )
Jawab semua soalan

1.(a) Nyatakan nama pusat kerajaan Dinasti Shang

(i)................................................................[1 markah]

(b)Berikan dua ciri istimewa yang terdapat di bandar tersebut.

(i)................................................................

(ii)..............................................................[2 markah]


(c)Mengapakah berlakunya peralihan kuasa daripada Dinasti Shang kepada Dinasti Chou ?

..............................................................[1 markah]

(d)Apakah langkah yang dilaksanakan oleh Raja-raja Dinasti Chou
untuk mendapat sokongan daripada pembesar mereka ?

(i).............................................................

(ii)............................................................

(iii)..........................................................[3 markah]

(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah peranan
golongan bangsawan dalam Tamadun Hwang Ho?


(i)...........................................................

(ii)..........................................................

(iii)..........................................................[3 markah]


Zaman Gelap Eropah bermula pada 476 M – 1056 M

2(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Gelap ?

.............................................................[1 markah]

(b) Senaraikan dua ciri zaman gelap di Eropah .

(i ) ………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………[2 markah]

(c) Nyatakan kedudukan gereja dalam masyarakat Eropah pada
Zaman Gelap

(i) ………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………[2 markah]

(d) Mengapakah kegiatan perdagangan tidak meluas pada zaman
Gelap ?

...........................................................

..........................................................[2 markah]

(e) Pada pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem feudalisme
di Eropah dikatakan mempunyai persamaan dengan ciri-ciri
feudalisme yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka?


(i) ………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………

(iii) ………………………………………………………………………[3 markah]




3. (a) Siapakah yang mencipta bendera negara kita ?

………………………………………………………………………………1 markah]
(b) Senaraikan pihak yang terlibat sehingga terhasilnya bendera
negara.

(i) ………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………[2 markah ]
(c) Jelaskan maksud lambang-lambang yang berikut :-

(i) Bintang berpecah empat belas

………………………………………………………………………[1 markah]
(ii) Warna biru

………………………………………………………………………[1 markah]
(iii) Bulan sabit

………………………………………………………………………[1 markah]

(d) Mengapakah bendera kebangsaan diwujudkan ?

(i) ………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………[2 markah ]
(e) Sebagai seorang warganegara yang setia kepada negara ,
apakah tindakan yang perlu diambil terhadap mereka yang
membakar bendera negara ?

......................................................

.......................................................[2 markah]

4. (a) Apakah maksud Negara Persekutuan ?

………………………………………………………………………………[1 markah]

(b) Nyatakan dua bidang kuasa yang terdapat dalam senarai berikut ;

Senarai Persekutuan
(i) ………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………[2 markah]

Senarai Negeri

(i).........................................................

(ii)........................................................[2 markah]

Senarai Bersama

(i).............................................................

(ii)............................................................[2 markah]

(c) Pada pandangan anda, apakah kepentingan hubungan baik antara
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri ?

(i)..........................................................

(ii)........................................................

(iii) ...................................................... [3 markah]

Bahagian B
[ 60 markah ]
Jawab tiga soalan sahaja

5 Agama Hindu dan Buddha telah meninggalkan kesan yang ketara ke atas
pelbagai aspek kehidupan masyarakat awal di Asia Tenggara

(a) Jelaskan proses kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha
ke Asia Tenggara [6 markah]

(b) Terangkan empat pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem
pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara. [8 markah]

(c) Pada pendapat anda, apakah bahasa Sanskrit kepada masyarakat
awal di Asia Tenggara ? [6 markah]






6 (a) Bagaimanakah kerajaan Abbasiyah berjaya diasaskan pada tahun
750 M? [6 markah]
(b) Terangkan lima faktor yang membantu Kota Baghdad
muncul sebagai pusat kegiatan intelektual pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah. [10 markah]

(c) Mengapakah kemajuan bidang ilmu pengetahuan dalam
kerajaan Abbasiyah dianggap telah mempengaruhi tamadun Eropah ?
[4 markah]




7 (a) Apakah faktor yang mendorong imigran China dan India
ke Tanah Melayu sejak abad ke -19 hingga awal abad ke-20 ? [5 markah]
(b) Terangkan cara kemasukan imigran Cina dan India
ke Tanah Melayu pada abad ke-9. [8 markah]

(c) Peningkatan jumlah kedatangan imigran Cina dan India
ke Tanah Melayu telah meninggalkan kesan sosial.
Jelaskan pernyataan di atas berdasarkan pengetahuan sejarah anda. [7 markah]





8 (a) Mengapakah British menggantikan Malayan Union dengan
Persekutuan Tanah Melayu 1948 ? [10 markah]

(b) Nyatakan proses-proses ke arah pembentukan Persekutuan
Tanah Melayu 1948. [4 markah]

(c) Pada pandangan anda , mengapakah orang Melayu menerima
Persekutuan Tanah Melayu 1948 [6 markah]

9 Perkembangan dasar luar negara Malaysia dapat dibahagikan kepada
tiga tahap mengikut kepimpinan negara pada masa tersebut

(a) Huraikan faktor-faktor yang menentukan penggubalan
dasar luar Malaysia berdasarkan aspek berikut
(i) Faktor Sejarah
(ii) Faktor Politik
(iii) Faktor Demografi [9 markah]
(b) Mengapakah dasar luar Malaysia pada tahap pertama
memperlihatkan dasar pro-barat ? [6 markah]

(c) Apakah langkah-langkah yang lakukan oleh Dr Mahathir Mohammad dalam penggubalan dasar luarnya untuk memajukan
ekonomi negara ? (5 markah]


KERTAS SOALAN TAMAT
( tengok+baca+buat latihan+hafal+dengar cakap cikgu+insyaAllah=a1)

Tuesday, August 4, 2009

ANAK INI PERLU DIAJAR

( dedikasi buat pelajar smk tungku)

sewaktu ku berdiri di sana
aku melihat dia dan mereka
terlalu alpa dan leka
pada sebuah kehidupan dunia dan fana

anak ini perlu diajar
hakikat dunia sering berputar
menghabiskan sisa dengan sia-sia
bagi meneruskan kehidupan orang tua

sewaktu kuberdiri di sana
mereka berusaha dengan harapan
mengubah nasib menjadi sang pendeta
agar dunia ini dapat digenggam cuma

aku ini
siapalah aku yang sebatang kara
bagi mengubah nasib mereka yang berjuta
apa daya aku jua manusia
tidak mampu mencipta satu rahsia
bagi manusia ini mencapai nikmat
seperti mereka-mereka yang sedang duduk mengadap
pada pengabadian diri
sebagai hamba kepada yang kuasa
bagaimana dengan aku ini
menjawab jika disoal oleh yang esa
bagaimana mampu kumenjawab
bagaimana mampu ku menjawab.......


tungku,ld,sabah
july 2001

DIARI LAMA KU

(ketika mengemas buku lama tiba2 terjumpa diari lama dalam bentuk helaian-kucatat kembali sebagai nostalgia aku kat sabah)


17 jun 2001 ( perjalanan aku ke sabah-posting guru)
Aku bagun tido ( kat sungai petani rumah sewa Awie-rakan usmku).Aku bangun awal nak ambil ic baru kat pejabat pendaftaran. Lepas tu aku lari balik rumah kat gerik ( naik motor sebenarnya--kap6148-hilang dicuri tahun 2003)jam 10am. pukul 12 aku sampai rumah dan terus baiki komputer aku sampai malam( beli second hand Rm300 je dari kawan usm-chot)Aku ke pekan gerik ke rumah pak ngah Seli ( rosli abdullah-adik mak aku)pukul 10.45 aku jumpa Ana( rohana saidin-bekas class mate aku)naik BAS GERIK-KL sekali sampai pudu kl jam 4 pagi.

18.jun 2001
Aku ke hotel Midah ( nama hotel cam nama mak aku pulak) naik teksi rm20. Kena pau
(tipu)sebab masa nak daftar jumpa Erry( Husairi Hussin-kawan usm) kat lobi dia kata jalan kaki dari pudu tak sampai 10 minit je.( ciss..hampehnye driver teksi tu..sampai sekarang aku berdendam ngan driver teksi. aku dan Erry tinggal sekali (sebilik). Makanan best. ( pertama kali masuk hotel yg aku rasa ada kelas juga)

19 jun 2001
Bertolak ke Kota KInabalu dari subang 12.45 tgh. 3 jam 45 minit sampai Kota KInabalu. Masa kapal nak landing sakit gila telinga aku( dalam kepala think negatif-bumi sabah x sudi terima aku he..he..)kawan cakap sebab tekanan udara dan aku tak tau cara nak atasinya.Kami dibawa ke hotel Promenade ( sejuk) makanan best. layanan pun best. Dapat kawan baru. Janji2 manis oleh JPN Sabah, ronda2..

20 jun 2001
Dapat tahu sekolah aku SMK Tungku, lahad datu,p/s 60847,91117 lahad datu,sabah. Petang aku call x senior aku kat usm dulu yang bertugas di smk sepagaya dan tanya tentang sekolah aku.

21 jun 2001
Bertolak ke lahad datu naik flight fokker pada tengahari itu.erry dan seorang budak India juga dari usm telah 'lari' pulang ke semenanjung. di sambut oleh Cikgu Rosli dan isteri kak shida. dapat kenal kawan sama sekolah johanazar dan kami balik naik bas ( sebenarnya van) dan disambut oleh ustaz nazri dan tinggal kat umah ustaz nazri 3 hari 2 malam. Maghrib baru budak perempuan sampai. malam kami buat meeting/suaikenal sesama kami cikgu baru- kami rapat mungkin sebabtiada orang lain untuk meminta tolong @ kerana kami semua dalah pendatang yang baru tiba. masa tu mengaku semua dah ada yang punya( sharifah-kak pah/ saleha@lea/suhaiza mat saman@ja/rozalita mahat@ita/johanazar@johan/aku@ hero...he..he..)6 orang kami posting masa tu..

22 jun 2001
sama2 ke sekolah dan minta keluar untuk beli barang2 keperluan sambil merapatkan hubungan..bersambung seterusnya ( seperti yg tertulis dalam diariku)

p/s: kalau ada tengok gambar dalam blog ni kanak2 di peringkat awal penulisan kami itu ialah anak2 kami pada tahun 2008..
pada hari ini 5 ogos 2009--hanya aku yang masih setia di smk tungku ini..GERIKKK TUNGGGUUU AKUUUUUUUUUU.......

KEMBALILAH

( DI SINI, DIRUMAH BARU)

SEMALAM
SAAT KU KETUK PINTU INI
HATIKU TELAH NEKAD UNTUK KEMBALI
KERANA TELAH LAMA INGIN KEMBALI
TETAPI TIDAK JUGA KUKEMBALI

SEMALAM
TIBA-TIBA HATI INI BERBICARA
BILA LAGI KAU INGIN KEMBALI
ESOK? LUSA? ATAU ENTAH BILA?
JIKA TIDAK KAU MULA SEGERA
BIARLAH IA KEMBALI
KERANA TELAH BERMUSIM LAMANYA
TELAH IA MENGHILANG DIRI DALAM HATINYA

SEMALAM
TERFIKIR PULA IA TIBA-TIBA
BAGAIMANA JIKA ESOK AKU TIADA
BAGAIMANA MAMPU KUJAWAB
PADA YANG MAHA KUASA
AKU MESTI MULA KEMBALI
TIDAK PERLU LAGI ASYIK TERNANTI-NANTI
PADA HARI YANG ENTAH KEBERAPA

SEMALAM
TELAH LAMA DIA MENANGISI DIRI
UNTUK KEMBALI KEPADA PENCIPTA ILAHI
TUNDUK DAN SUJUD PADA YANG SATU
TELAH LAMA DIA IDAMKAN
KEMBALI SEPERTI SEBELUM DIRI TERBUANG

SEMALAM
SETELAH IA SEDAR BAHAWA
HIDUP INI HANYA SEMENTARA
TERUS DIA MEMBINA DIRI
MENYAHUT SERUAN ILAHI
MENYUCI DIRI SENDIRI
TANPA KEKESALAN DI DALAM HATI

MOGA IA KEMBALI LAGI
BIARLAH LAMANYA TIDAK TERKIRA
SEHINGGA DIJEMPUT KE ALAM LAINNYA
CATATLAH BICARA SEPI IA
MENCARI MAKNA KETULUSAN DIRI
BIARLAH IA TERUS BERSEMADI
BERSAMA MIMPI DAN REALITI YANG PASTI
AGAR DEPAN TIDAK LAGI DI KESALI
OLEH DIRI DI HADAPAN ILAHI

MUSIM INI PENUH DERITA

hari ini, semalam dan sebelumnya
derita itu sentiasa menghampiri
manusia ini kecil sahaja
tetapi itu semua tidak pernah kukesali

musim ini penuh derita
dari awal cerita kita berbicara
pada malam-malam hari lewat senja
kita telah lupa pada pencipta kita

hari ini, semalam dan sebelumnya
cerita ini selalu kubawa
bersama duka-duka jiwa kita
bezanya hanya pada usia kita

musim ini penuh derita
mereka mencipta sebuah seloka
berirama semasa tanpa banyak bicara
ketika itu jua kita terlalu leka

hari ini, saat ini dan esoknya
ingin diri terus berbicara cara kita
untuk mengisi perut dan nafsu derita
pada awal kenal kita

entah apa akan terjadi esoknya
bawa diri ke sana akhirnya
mungkin baik, mungkin derita
biarlah asalkan bicara kita terus bergema

tungku, lahad datu
9 September 2001