Tuesday, August 4, 2009

DIARI LAMA KU

(ketika mengemas buku lama tiba2 terjumpa diari lama dalam bentuk helaian-kucatat kembali sebagai nostalgia aku kat sabah)


17 jun 2001 ( perjalanan aku ke sabah-posting guru)
Aku bagun tido ( kat sungai petani rumah sewa Awie-rakan usmku).Aku bangun awal nak ambil ic baru kat pejabat pendaftaran. Lepas tu aku lari balik rumah kat gerik ( naik motor sebenarnya--kap6148-hilang dicuri tahun 2003)jam 10am. pukul 12 aku sampai rumah dan terus baiki komputer aku sampai malam( beli second hand Rm300 je dari kawan usm-chot)Aku ke pekan gerik ke rumah pak ngah Seli ( rosli abdullah-adik mak aku)pukul 10.45 aku jumpa Ana( rohana saidin-bekas class mate aku)naik BAS GERIK-KL sekali sampai pudu kl jam 4 pagi.

18.jun 2001
Aku ke hotel Midah ( nama hotel cam nama mak aku pulak) naik teksi rm20. Kena pau
(tipu)sebab masa nak daftar jumpa Erry( Husairi Hussin-kawan usm) kat lobi dia kata jalan kaki dari pudu tak sampai 10 minit je.( ciss..hampehnye driver teksi tu..sampai sekarang aku berdendam ngan driver teksi. aku dan Erry tinggal sekali (sebilik). Makanan best. ( pertama kali masuk hotel yg aku rasa ada kelas juga)

19 jun 2001
Bertolak ke Kota KInabalu dari subang 12.45 tgh. 3 jam 45 minit sampai Kota KInabalu. Masa kapal nak landing sakit gila telinga aku( dalam kepala think negatif-bumi sabah x sudi terima aku he..he..)kawan cakap sebab tekanan udara dan aku tak tau cara nak atasinya.Kami dibawa ke hotel Promenade ( sejuk) makanan best. layanan pun best. Dapat kawan baru. Janji2 manis oleh JPN Sabah, ronda2..

20 jun 2001
Dapat tahu sekolah aku SMK Tungku, lahad datu,p/s 60847,91117 lahad datu,sabah. Petang aku call x senior aku kat usm dulu yang bertugas di smk sepagaya dan tanya tentang sekolah aku.

21 jun 2001
Bertolak ke lahad datu naik flight fokker pada tengahari itu.erry dan seorang budak India juga dari usm telah 'lari' pulang ke semenanjung. di sambut oleh Cikgu Rosli dan isteri kak shida. dapat kenal kawan sama sekolah johanazar dan kami balik naik bas ( sebenarnya van) dan disambut oleh ustaz nazri dan tinggal kat umah ustaz nazri 3 hari 2 malam. Maghrib baru budak perempuan sampai. malam kami buat meeting/suaikenal sesama kami cikgu baru- kami rapat mungkin sebabtiada orang lain untuk meminta tolong @ kerana kami semua dalah pendatang yang baru tiba. masa tu mengaku semua dah ada yang punya( sharifah-kak pah/ saleha@lea/suhaiza mat saman@ja/rozalita mahat@ita/johanazar@johan/aku@ hero...he..he..)6 orang kami posting masa tu..

22 jun 2001
sama2 ke sekolah dan minta keluar untuk beli barang2 keperluan sambil merapatkan hubungan..bersambung seterusnya ( seperti yg tertulis dalam diariku)

p/s: kalau ada tengok gambar dalam blog ni kanak2 di peringkat awal penulisan kami itu ialah anak2 kami pada tahun 2008..
pada hari ini 5 ogos 2009--hanya aku yang masih setia di smk tungku ini..GERIKKK TUNGGGUUU AKUUUUUUUUUU.......

No comments:

Post a Comment